Tentang Muntalaq

Kitab al-Muntalaq telah dikarang oleh Sheikh Muhammad Ahmad ar-Rasyid, seorang tokoh dakwah yang terkenal. al-Muntalaq bermaksud ‘titik tolak’ atau ‘titik permulaan’, yang membawa maksud bahawa sudah tiba saatnya untuk kita melangkah. Tidak ada tempoh terlalu awal atau terlalu lewat untuk melangkah, kerana saatnya untuk melangkah ialah pada saat ini, detik ini, dan tika ini juga.

Sesungguhnya satu perjalanan yang panjang tidak akan bermula tanpa langkah pertama atau langkah permulaan.

Nama kitab ini telah dijadikan sebagai asas pembinaan laman web ini, sebagai asas permulaan bagi pemuda-pemudi Islam untuk melangkah, di samping bahan-bahan penerusan bagi mereka yang sudahpun memulakan langkah-langkah mereka.

Wallahu a’lam.

Comments are closed.